Perjalanan hidup mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
Thursday, April 23, 2009
Melarikan dirikah aku??
Dua bulan ini hidup tiba-tiba menjadi sungguh kelam berdepankan kotak empat segi bercahaya. Melarikan dirikah aku dari dunia realiti? Adakah pet, poker, atau mafia di tagged yg menjadi keutamaan? Bukankah aku cuba menyisihkan diri dari situasi? Adakah aku cuba melepaskan runtunan hati di skrin LCD atau aku cuma terlalu penat untuk bermain satu lagi permainan hati? Terhentak jiwa, terbakar minda mencari jawapan.. hmmmm melarikan dirikah aku ini??????
Perjalanan yg mendahagakan
Haus, dahaga... keletihan dan kekeringan anak tekak. Dehydrated? Runtunan nafsu yang membekas di dada atau lontaran rasa menembusi kepekatan malam. Entahlah? aku pun tak faham
Sunday, February 8, 2009
Sepi Itu Indah
Kau selalu melontar nada-nada penuh melankolik bahawa betapa sepinya hidupmu. hmmmm. SEPI adalah sesuatu yg indah... yang membuka satu ruang waktu untukmu bersama minda. untukmu bersama jiwa yang tenang.. dan untukmu bersama menemui satu paradigma minda yang matang. Yang akan mengatasi segala kekusutan, membuka kepada jawapan untuk persoalan hidup yang membelenggu dirimu. Hargailah kesepian kerana kesepian yang dihargai membawa kepada episod tafakur yang panjang yang memberimu ILHAM....
Saturday, January 24, 2009
lupakanlah, teruskanlah perjalananmu.
Dalam perjalanan menempuhi hidup ini kau menemui banyak perhentian. Aku, salah satu perhentian atau persinggahan itu. Mungkin untuk seketika kau begitu mengharapkan perhentian ini adalah yang terakhir dalam hidup. Namun aku pasti kau akan berlalu pergi meneruskan perjalanan dan samada drastik atau perlahan, kau akan melupakan perhentian ini. Mungkin aku akan menjadi kenangan, mungkin aku akan lupus langsung dari ingatan. Semoga kau menemui apa yang kau cari. Aku hanya mendoakan kau menemui satu perhentian yg akan menjadi tmpt berlabuhmu. Lupakanlah, teruskan perjalananmu.
Thursday, January 15, 2009
Black Eyed Peace-Where is the love(war edition)
Please stop the war world. Children and women kill brutally. We are human being and we have a heart. Please stop the wars. No more blood.
Subscribe to:
Posts (Atom)