Thursday, October 21, 2010

Badai- Sisi yang jarang diketahui

Hahahahaa... ramai tak tau sisi atau bahagian atau dalam english " the other part of myself" . Kenapa? Adakah belum layak untuk mengetahui atau tiada masa untuk menerokai? Mengenali seseorang bukan hanya melalui bual bicaranya tetapi melaui penulisannya , melalui aksinya, atau menyelami sisi hatinya yg gelap dengan pandangan mata. Kau pilihlah mana satu kau nak pilih sebab kalau tersalah pilih mungkin kebenaran yang kau cari hanyalah membawa kau terus terjunam ke alam misteri yang tak bertepi. hahahahaa

Saturday, October 9, 2010

Badai belum berlabuh

Masih tercari2 pelabuhan untuk kapal karat ini berlabuh dan direpair.. wkakakakakkaa

Thursday, July 30, 2009

Dugaan Selangit Awan

Tanpa pernah terfikir di benak minda semalam seorang kenalan yg pernah muncul dalam hidup ini bertahun dahulu muncul kembali. Hmm kemajuan teknologi memungkinkan segalanya dari kehebatan anugerah 3 lb yg padahalnya hanya beberapa peratus digunakan keupayaannya. Hati tersentap, rasa amukan marah , simpati melimpah mendengar cerita dan keluh kesahnya. Pilu mungkin mengisi sanubari tetapi kuhormati kegagahan disebalik keayuan menguntum senyuman yang jika aku tidak diberita maka akan ku fikirkan dia bahagia. Apa? Tak perlu diperkata cuma harapan semoga dia berjaya menamatkan segala bibit-bibit sengketa ataupun kemelut yang melanda jiwa. Dugaannya selangit awan. Gegak gempita panahan halilintar. Untukmu kawan, kalau nanti kau ingin terus meluahkan akan kunanti sentiasa kata-kata mukadimah pembuka cerita kerana aku ingin membuka mata dan minda memahami erti kepedihan dan kesengsaraan. Terima kasih atas kepercayaan berkisah tentang satu dugaan selangit awanmu....

Thursday, April 23, 2009

Ramli Sarip - Perjalanan Hidup *Original Audio

Perjalanan hidup mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti

perjalanan hidup

hmm lagu perjalanan ..

Melarikan dirikah aku??

Dua bulan ini hidup tiba-tiba menjadi sungguh kelam berdepankan kotak empat segi bercahaya. Melarikan dirikah aku dari dunia realiti? Adakah pet, poker, atau mafia di tagged yg menjadi keutamaan? Bukankah aku cuba menyisihkan diri dari situasi? Adakah aku cuba melepaskan runtunan hati di skrin LCD atau aku cuma terlalu penat untuk bermain satu lagi permainan hati? Terhentak jiwa, terbakar minda mencari jawapan.. hmmmm melarikan dirikah aku ini??????

Perjalanan yg mendahagakan

Haus, dahaga... keletihan dan kekeringan anak tekak. Dehydrated? Runtunan nafsu yang membekas di dada atau lontaran rasa menembusi kepekatan malam. Entahlah? aku pun tak faham