Thursday, July 30, 2009

Dugaan Selangit Awan

Tanpa pernah terfikir di benak minda semalam seorang kenalan yg pernah muncul dalam hidup ini bertahun dahulu muncul kembali. Hmm kemajuan teknologi memungkinkan segalanya dari kehebatan anugerah 3 lb yg padahalnya hanya beberapa peratus digunakan keupayaannya. Hati tersentap, rasa amukan marah , simpati melimpah mendengar cerita dan keluh kesahnya. Pilu mungkin mengisi sanubari tetapi kuhormati kegagahan disebalik keayuan menguntum senyuman yang jika aku tidak diberita maka akan ku fikirkan dia bahagia. Apa? Tak perlu diperkata cuma harapan semoga dia berjaya menamatkan segala bibit-bibit sengketa ataupun kemelut yang melanda jiwa. Dugaannya selangit awan. Gegak gempita panahan halilintar. Untukmu kawan, kalau nanti kau ingin terus meluahkan akan kunanti sentiasa kata-kata mukadimah pembuka cerita kerana aku ingin membuka mata dan minda memahami erti kepedihan dan kesengsaraan. Terima kasih atas kepercayaan berkisah tentang satu dugaan selangit awanmu....

No comments: